s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 30 July 2011

Senyum Itu Sedekah


Assalamualaikum wbt..

selamat hari Sabtu.. kepada yang melayari internet tue jangan lupa makan pulak.. lusa dah nak bermula berpuasa nanti menyesal tak makan tengahari..hehehe.. 


Oleh sebab Bulan Ramadhan dah nak sampai.. InsyaAllah hari Isnin niey semua umat Islam menyambut hari pertama puasa.. Dalam Bulan Ramadhan ini kita digalakkan bersedekah, mencari keredhaan, keberkatan dan bertaqwa kepada Allah serta istiqamah dalam beribadah.. jangan lah hanya semata2 bulan Ramadhan baru lah kita nak bersedekah, solat sunat, mengaji al-Quran.. bila Ramadhan dah habis, semua yang dilakukan pon habis jugak.. kalau boleh biarlah berterusan..



Berbalik pada tajuk utama iaitu senyum itu sedekah..(aku niey, macam kaunsellor plak, hehe) jadi nak mengingatkan lar sedekah yang paling mudah terutamanya di bulan Ramadhan adalah dengan senyum.. tapi korang kena ingat, bukan dalam bulan Ramadhan jer.., bulan2 lain pon senyum itu sedekah, tapi kalo excited sangat sampai dengan dinding pon senyum, tue aku tak dapat lar nak tolong.. faham2 jer lar kan.. hehe..


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : 
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)  
http://www.ukhwah.com/



Jadi, tak susah pon nak bersedekah.. tak perlu nak keluarkan duit, keluarkan peluh ker, kena kerja berat2 ker.. Dalam Bulan Ramadhan niey lagi bagus dan ambil lah peluang yang sangat berharga niey.. bersedekah walau hanya dengan senyuman.. tak susah pon.., pastinya ramai yang mengunjungi bazar untuk beli juadah berbuka atau pon hanye jalan2 mencuci mata, atau pon survey2 baju raya, waktu bertanyakan harga atau membeli, senyum lar dengan pemilik kedai atau pembeli atau jiran kedai atau kawan lama.., tapi kalau senyum niat nak mengurat.., yang tue aku tak masuk campur.., kalau nak senyum tak perlu niat nak senyum dengan siapa, orang yang macamana (tua,muda,lelaki,perempuan,) sekilas senyuman yang ikhlas, pasti terpancar melalui air muka..



selain daripada tue, senyum boleh mengubat hati sendiri.. cuba kalau korang tengah marah dan tiba2 ada perkara yang membuatkan korang tersenyum, nescaya perasaan sedih/marah hilang sendiri..InsyaAllah.. sebagai manusia yang mempunyai hati dna perasaan, pasti saat2 sedih dan marah tue ada... lagi berharga senyuman kita bila kita dalam keadaan sedih atau marah, kekasih buat kita tersenyum dengan senda gurau yang diberikan.. dengan satu senyuman yang ikhlas, segalanya boleh berubah..,yer.., tak mustahil..


Lagi2 pada pasangan yang bercinta.., pernah tengok orang sedang berSMS tiba2 tersenyum dengan handphone..? ker korang sendiri yang mengalaminya..? hehehe.., aku pernah nampak dan aku juga pernah mengalaminya.., walaupon itu bukan dikira sedekah, tapi senyum baik untuk otot2 muka.. senyuman lebih 7 saat itu adalah senaman muka dan boleh menjadikan awet muda..jadi.., senyum2 lar selalu..












Salam dan jangan lupa untuk senyum.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

saya amat mengalu-alukan comment anda (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...