s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 17 August 2011

Kenapa...Kerana...



Kenapa awak selalu buat saya gembira..?
Kenapa awak selalu menggembirakan saya..?
Kenapa awak pandai mengambil hati saya..?
Kenapa awak selalu menceriakan setiap hari-hari saya..?
Kerana....pada saya awak sangat istimewa...


Kenapa sejak kenal awak , saya mudah sangat terasa..?
Kenapa sejak kenal awak , saya mudah tertawa..?
Kenapa sejak kenal awak , saya juga mudah menangis..?
Kerana....awak adalah cinta hati saya...


Kenapa saya berasa gelisah bila awak tak ada..?
Kenapa saya rasa selesa bila awak ada..?
Kenapa bila awak ada , saya rasa sangat tenang..?
Kenapa awak terlalu memahami saya..?
Kerana...awak pelengkap hidup saya..
InsyaAllah...

Dedikasi : Mr P...

Monday 15 August 2011

Lagu Untukmu



Aishiteru by Zivilia Band



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saatku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu

Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku terpikir cari penggantimu saat kau jauh di sana

(chorus*)
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a a aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti

Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

(ulang chorus*)

Saatku sendiri pikiran melayang terbang
Perasaanku resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
o''uo
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya
Cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbananmu untukku
Ku mohon kau kembali

Kimita touku kitemo
(meskipun kamu jauh)

Kiminoi shuaga sinagaru tala
(aku tetap mengingatimu selalu)

Shiniteruyo
(percayalah)

Shiniteruyo
(percayalah)

(ulang chorus*)

Dedikasi : Mr P...A

Ya Allah, Aku Bermohon


Ya Allah
Aku Bermohon
Selamatkan lah dia dari segala bahaya
Jauhi lah dia perkara yang munkar
Lindungi lah dia dari orang yang berniat jahat terhadapnya


Ya Allah
Aku Bermohon
Selamatkan lah perjalanan pergi dan pulang 
kemana sahaja destinasinya
Jauhi lah dia perkara yang Engkau murkai
Lindungi lah dia dari segala penipuan duniawi


Ya Allah
Aku Bermohon
Permudahkan lah segala urusan dia di Dunia dan Akhirat
Tetapkan lah hatinya sentiasa beriman kepada-Mu
Dekatkan lah dia kepadaku
Amin..
Ya Rabbal'Alamin.

Untukmu Ayah Dan Emak,
Tak lupa Kekasihku Mr P....A

Sunday 14 August 2011

Detik Pertama

Pertama kali saya tengok awak , saya takut.. sebab awak macam ustaz.. serius.. 
awak pendiam , mungkin sebab kita tak pernah kenal.. 
Dan kerana kita bertemu di ruang masa yang silap..ingat lagi tak..? 
seterusnya saya berfikir sejenak , dalam kesilapan itu pasti ada sesuatu yang baik..

Detik masa terus berlalu
aku bertanya sesuatu dalam hatiku
Adakah kita bisa bersatu
kerana aku mula suka padamu

Setiap tutur bicara awak pada malam itu , saya dengarkan seolah-olah setiausaha mencatit nota 
Dalam hati saya bertanya , milik siapakah awak..??

Malam mengundurkan diri
siang menjelma lagi
adakah saya masih dalam fantasi 
Ternyata saya dalam realiti

Hati saya gelisah bertambah resah sebab saya mula terfikir adakah awak masih di situ..?
tekaan saya silap, saya ingat awak dah pergi.. ternyata awak memang berada di tempat itu
Saya lihat awak dari jauh dalam keadaan tenang.. saya cemburu kerana saya inginkan ketenangan itu di waktu saya penuh kekusutan..
Hatiku mula berkocak dan risau seandainya awak pergi hari itu ,
pada siapa dapat saya luahkan rasa hati
Kerana mereka semua tidak pernah mengerti....


    .......................


Setelah masa berlalu , saya terima berita gembira
kerana awak menghulurkan salam perkenalan.. saya bersyukur..
dengan petanyaan yang awak mulakan , saya jawab penuh kegembiraan
Saya bersyukur teramat sangat..
Titik perkenalan yang tidak akan saya lupakan
saya harap ia masih segar dalam ingatan
Sampai bila-bila
"macamana saya nak tahu awak online atau tak..?"


Detik Pertama Perkenalan Kita
p/s : I love my sweet..

Wednesday 10 August 2011

Aku Sayang Kamu



Kamu...

Kamu selalu berada dalam fikiranku , dalam hatiku , dalam jiwaku 

Selalu aku memikirkan bagaimana keadaanmu di sana , makan apa , sihat ke tidak , bagaimana dengan 
 pekerjaan , adakah semua di bawah kawalan..?

Walau pun aku tahu setiap jawapanmu melalui sistem pesanan ringkas , kadangkala 3G , buat panggilan..

Dan aku tahu soalan itu sering ku ajukan setiap hari..

Setiap kali aku mendengar suaramu setiap kali itu lah hati aku tenang , mendamaikan jiwa , hilang segala bebanan yang aku fikirkan..

Aku juga berharap kamu merasai apa yang aku rasa tiap kali kamu mendengar suaraku yang dahulu kamu kata kasar dan garang..

Namun , aku menjadi seorang yang paling lemah lembut disebabkan kamu , sayang..

Aku mencontohi kamu setiap kali aku berinteraksi dengan kamu walau pun aku tahu jarak jauh yang memisahkan kita..

Tetapi sayang , aku sentiasa mendekatkan diri dengan kamu , agar kamu rasa bahawa seolah-olah aku berada di hadapan , belakang , dan tepi kamu..



Kamu....

Tahukah kamu bahawa kamu sentiasa dalam hatiku..?

Tahukah aku teringin membina mahligai bersama kamu..?

Tahukah kamu andai kamu tiada , maka seluruh hidupku akan malap , gelap gelita..?

Tahukah kamu aku ingin menceriakan kamu disaat kamu sedih , memberikan senyuman disaat kamu pilu , memberikan kamu gelak tawa disaat kamu sepi , memberikan pelukan disaat kamu resah gelisah , memberikan kamu kedamaian disaat kamu kusut , merawat kamu disaat kamu sakit...?

Tahukah kamu bahawa aku mencintaimu sepenuh jiwa aku..?

Tahukah kamu adalah seluruh hidupku..?

Tahukah kamu disaat aku berbuat salah padamu aku terasa diriku paling kejam untukmu..?

Tahukah kamu bahawa kamu adalah yang paling indah dalam hidupku..?



Kamu...

Aku tahu aku tak mampu menjadi yang terbaik untukmu..

Aku tahu kamu aku tak mampu membahagiakan hari-harimu..

Aku tak mampu memberi kamu harapan di masa hadapanmu..

Aku tahu kamu tidak meletak harapan padaku..

Aku tahu kamu selalu menyimpan perasaan pada aku..

Aku tahu kamu tidak pernah meluahkan perasaan kecewamu pada aku..

Aku tahu kamu tidak pernah sekali meluahkan kesusahan padaku..

Aku tahu aku selalu menyusahkan kamu....... 

Aku tahu terkadang aku tidak mengambil berat terhadapmu..

Aku sangat terkilan..

Kerana aku tidak mampu menjadi yang paling sempurna untukmu..

Sebab itulah ia berlaku..

Maafkan aku..

Dan.....
Aku Sayang Kamu

Dedikasi ditujukan kpd : Mr P..P..

Saturday 6 August 2011

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Waktu petang begini aku teringatkan suatu kenangan antara aku dan kawan seperjuangan yang sangat aku sayangi..
sayangkah mereka padaku..?
atau masih ingatkah mereka tentang diriku..? 
Terlalu cepat masa berlalu hingga aku tersedar akan kenangan bersama melalui detik indah tatkala melangkah alam dewasa...
Perjalanan masa selama 3 tahun yang berlalu begitu pantas tanpa disedari..
Hampir mengalirkan setitis airmata kerana berharganya sahabat yang sanggup melalui susah senang bersama aku..
Ramadhan yang berlalu tahun lepas (2010) memberi 1001 kenangan manis buat aku...
Berbuka puasa bersama rakan serumah..rakan sekelas..
bermacam2 kerenah yang dapat disaksikan..
Berlatar belakangkan Masjid yang tersergam indah menjadikan wajah dalam setiap gambar walaupon aku sering menganggap Masjid itu hanyalah bangunan..tetapi..,
Masjid itu lah menjadi saksi setiap kali aku berada di padang itu..
Ramai orang berpusu2 untuk membeli juadah berbuka puasa bersama..
Sesaknya Bazar dirasakan bagai berada di dalam limpahan manusia yang sedang menunaikan Ibadah Haji di Makkah...
Beraneka makanan dan juadah yang dijual sebagai santapan berbuka..
Bermacam2 ragam pembeli dan penjual yang dapat disaksikan..
Bergelak ketawa bersama mereka adalah saat yang paling manis..
Berkumpul dan membina satu bulatan dan kumpulan bagi sama2 menantikan saat2 berbuka puasa bersama2...
Tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menceriakan suasana...
Alangkah indah menjadi seorang sahabat yang baik dan sentiasa menyokong sahabatnya membuat segala keputusan..
Berada di dalam KFC secepat mungkin adalah yang wajib bagi aku dam mereka,
bimbang tiada tempat duduk..
Mengambil sos dengan sengaja,hehe.. (kawan aku)
Membeli perfumes sama brand, bau dan jenis..
Pakai bersama2... Baunya semerbak satu rumah..hehe
Bersahurkan biskut kering celup air milo..nyum2..
Aku rasakan pada mase tue terlalu nikmat..
Kerana ia bersama sahabat2ku..
Kini..,kenangan hanya tinggal kenangan...
Hidup perlu diteruskan tetapi bukanlah hidup dalam angan2...
Sesekali harus mengimbau kenangan supaya sentiasa mengingatkan diri aku sendiri bahawa rakan2 lah yang banyak membantu..,dikala membuat assignment, dikala nak menjalani exam serta study group bersama2..
Tiada mereka yang pernah melalui susah senang bersama aku,
tiada lah aku dalam kenangan mereka..
Saat manis bersamamu sahabat akan aku kenang sehingga ke akhirnya..
Sentiasalah menjadi sahabat yang baik walau dengan siapa pun kita bersahabat..
Aku sayang kamu wahai sahabatku..
Wallahualam..

Monday 1 August 2011

Persiapan Ramadhan


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. dapat lagi peluang untuk aku update blog.. (^_^)
entry kali niey aku nak bagi lar sikit info yang aku dapat dari hasil tengok program tv baru2 niey.. progam setiap hari Jumaat.. tak nak lar mention nama program..malu..hehehe.. sebelum aku mulakan, aku nak mintak maaf lar banyak2 sebab  entry kali niey macam tazkirah Ramadahan pulak..hehehe..

Mungkin aku dapat hidayah dari Allah kot sebab tiba2 jer aku rasa nak catit sesuatu dari program tersebut dan boleh lar aku share dengan melalui blog.. bukan niat nak menunjuk yang aku niey bagus.., kadang2 idea datang tanpa diminta.., jadi aku rasa aku buat apa yang aku nak janji aku puas hati.. (^_^)

So antara persediaan Ramadhan adalah:
(1) baju raya..
mesti dah siapkan atau beli.. sebaba apa, sebab dalam masa 30 hari berpuasa boleh fokus dengan amal2 jariah.. niey tak memang jadi tabiat beli baju last minute.. haa time malam raya tue orang sibuk nak buat tarawikh mase tue jugak lar sibuk nak pergi bazar..hehehe..aku pon tak terlepas dari keadaan macam tue 2,3 tahun lepas..

(2) persiapan Ilmu ibadah :
faham kelebihan Ramadhan, macamana nak tambah markah dan apa yang membuatkan markah ditolak semasa dalam bulan berpuasa niey.. supaya ibadah yang dilakukan itu lebih bermakna.. orang selalu cakap semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelum2nya..betul tak..? jadi ambillah peluang hari ini untuk membuatkan Ramadhan aku dan kamu semua lebih bermakna..

Ramadhan ada 3 jenis :
i. puasa makan dan minum
ii. puasa makan, minum segala2nya
iii. puasa makan, minum, segala2nya & memahami ilmu Ramadhan

(3) persiapan jiwa
cuba korang fikirkan andai ini Ramadhan terakhir korang.. bukan aku mendoakan.. tapi aku ajak korang berfikir sejenak.. sebab aku pon takot mati.. tapi ingat.., mati itu wajib, hidup InsyaAllah.. (chewah..,dah macam penceramah bebas pulak.,hehehe) selain tue cuba lah motivate diri untuk bersungguh2 kali ini.. paling penting dan utama adalah niat iaitu kerana taat perintah Allah SWT.. letakkan target dalam diri untuk bertaqwa kepada Allah SWT..latih diri dengan berperingkat.. buat lar Ramadhan kali ini bersihkan jiwa, kehidupan, tingkah laku dan sebagainya supaya anda berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri..

soalan penonton : bagaimana kalau puasa tapi tak melakukan solat fardhu?
(serius niey bukan aku yang buat soalan yer.. tak nak korang salah faham pulak)
jawapan ustaz : itu adalah orang yang menyembah Ramadhan.. maksudnya kat sini bukan lar orang tue sujud macam sembah tokong dan sebagainya.., maksudnya orang itu hanya menurutkan waktu.. dia berpuasa disebabkan bulan puasa itu sendiri.. dan ustaz tidak menggalakkan orang memanggil bulan puasa kerana orang hanya berpuasa makan dan minum tapi idak melakukan ibadah.. orang yang begini apa yang dilakukan adalah mengaji al-Quran, bersedekah, solat sunat dan sebagainya hanya dibulan Ramadhan..berbuat baik semasa Ramadhan sahaja.. itu lah yang dinamakan menyembah Ramadhan.. dan jauhkanlah kita dari berkelakuan seperti itu..

"sesiapa yang sembah Ramadhan, Ramadhan akan berlalu.. sesiapa yang sembah Allah, Allah Maha Hidup"

"Orang yang solat semestinya puasa, Orang yang puasa tak semestinya solat"
hendaklah kita menghambakan diri kepada Allah SWT di mana sahaja kita berada..

Dalam program tue ustaz ada memberitahu doa yang mustajab ketika di bulan Ramadhan iaitu :
i. masa bersahur, digalakkan pula solat 2 rakaat sebelum bersahur..
ii. masa berbuka

berdoalah dalam keadaan yang tenang dan tenteram supaya doa kita jelas dan nyata (wah,aku tulis macam hukum tajwid plak) dan doa tue pulak biar lar kita faham..tak perlulah sampai nak menghafal bahasa arab tiba2 dah Imsak..hahaha.., baru tau.. jadi berdoa tue biarlah ayatnya mudah, kita sendiri pon boleh cipta doa sendiri.. Allah Maha Mendengar..

Sebelum aku terlupa, dalam program itu ada jugak diberitahu Kehebatan Ramadhan.. antaranya ialah :

i. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan pada malam Lailatul Qadar..
ii. pada 17 Ramadhan adalah hari Nuzul Quran dan Peperangan Badar.. dan berpuasa diwajibkan kepada umat Islam pada tahun ke 2 Hijrah iaitu selepas berlakunya Peperangan Badar..

RasulAllah s.a.w berpesan :
"Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi"

korang pun tahu kan makruh kita menggosok gigi lepas Zuhur kerana ia akan menghilangkan bau mulut ketika berpuasa..tapi kawan2 janganlah korang pergi kat kawan dan hembuskan bau mulut pulak yer..hehehe

Dan yang terakhir info yang aku dapat adalah apabila bersedekah di bulan Ramadhan, Allah menilai pahala semasa kita memberi (menghulurkan) kerana masa itu keikhlasan bersedekah lebih bermakna dan bernilai..



Itu lah sahaja info2 yang aku dapat tangkap mase program bersiaran secara langsung tue.. nama ustaz tue aku tak ingat lar sebab nama beliau panjang sangat.. tapi sapa2 yang tengok masa tue pon bagos lah, dah tahu apa dia persiapan Ramadahan iaitu topik yang dibincangkan..sebelum aku menghabiskan typing aku nak ucap terima kasih sebab sudi membaca entry kali ini..Salam ceria selalu.. (^_^)

TODAY IS MY DAY: Hari Pertama

TODAY IS MY DAY: Hari Pertama: "Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah... hari niey adalah hari pertama semua umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa di hari pert..."

Hari Pertama



Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah... hari niey adalah hari pertama semua umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa di hari pertama... jadi malam tadi adalah malam pertama bertarawikh.. pada yang sempat menunaikannya, Alhamdulillah.. kepada yang tak sempat, ambillah peluang di kemudian hari... sebagai manusia biasa kita tak boleh jadi seseorang yang sempurna.. tetapi.. kita boleh mengubah sesuatu agar nampak lebih sempurna.. aku pon begitu juga, mengambil masa dan peluang untuk sentiasa memperbaiki diri dalam setiap keadaan.. supaya menjadi manusia yang lebih matang.. walau pun kadang2 aku sendiri tertanya2 apakah aku membuat keputusan yang betul.. Allah lebih mengetahui dalam setiap kejadian.. 

Hari ini.. 1 Ramadhan Bersamaan 1432Hijrah.. 1 Ogos 2011.. Hari Isnin.. perasankah kita waktu ini adalah tarikh dan hari yang pertama..? wlau pun hari Ahad adalah hari pertama dalam satu minggu, tapi Isnin adalah hari pertama bekerja, bersekolah, melakukan aktiviti persatuan, membuat lawatan rasmi dan sebagainya.. sungguh indah kejadian dalam bumi ini.. setiap nombor yang dijadikan, pasti membawa maksud tersendiri..

Hari pertama berpuasa niey apa yang aku nak lakukan eah..? banyak benda boleh buat... jadi perancangan itu sangat penting.. baru lar sesuatu kerja yang dilakukan lebih sempurna.. memang betul kita hanya merancang tuhan yang menentukan.. tetapi kita boleh kan berdoa agar apa yang dirancang berjalan lancar.. aku juga tak terlepas peluang berbuat demikiana .. memang seronok apabila merancang.. seronok ker kalau perkara yang dirancang tue berserabut perjalananya..? tentu lar tidak.. tak kisah lah apa pun yang kita rancangkan.. walau pun sekadar nak pergi beli topup.., bertangguh masa tiba2 hujan.. nak buat urgent call tapi kredit tak ada.. haa mase tue lar macam2 perkataan boleh terpacul, macam2 gerak dan tingkah laku boleh dilakukan secara tak sengaja.. so.., takkan dalam bulan mulia niey nak buat perkara macam tue.. kurang pahala puasa nanti...



Entah apa yang aku merapu pagi2 niey..hehehe.. taip ikut perkataan dari hati dan pemikiran spontan.. Ingat lagi masa aku berpuasa tahun lepas.. sebab tahun lepas jer yang paling fresh..huhuhu.. aku ngah praktikal masa tue.. jadi lepas sahur dapat lena sekejap then get ready untuk pergi klinik.. masa tue bersyukur alhamdulillah tak dapat praktikal kat hospital sebab mana2 yang dapat hospital tak dapat balik awal..huhu.. dalam bulan puasa aku praktikal 4 minggu.. 2 minggu klinik desa, 2 minggu lagi klinik desa tapi dah macam klinik kesihatan.. so dapat balik awal pukul 3 petang.. seronok lar kan masa tue.. pengalaman memang seronok.. bila berpuasa waktu bekerja, kurang lar aku buang masa.. asal waktu rehat jer tidur.., macam2 gaya tidur ada.. masa tue lebih kurang 10 org student (aku dan kawan2) masa hari pertama tue blur.., tak tahu nak buat apa.. nak handle kes cmner.. biasa lar hari pertama.. lepas tue terus tau nak buat apa.. tapi dengan arahan staff nurse lar.. bukan buat sendiri..hehehe..

Hari pertama berbuka beli kat depan jer.. nak masuk rumah/hostel kena jalan kaki lebih kurang 7-10minit.. bergantung kepada kelajuan.. paling cepat pon 7 minit lar.. kat luar tue adalah orang jual makanan serta juadah berbuka.. dan aku paling feveret sekali adalah nasi lemak sambal kerang.. kalau beli sebungkus memang tak sah lar aku makan..haha.. MESTI beli 2 bungkus sebab memang sedap.. nasi dia kurang santan, sambal pon kurang pedas.. harga pon kurang mahal.. RM1.40/each jadi membuatkan aku terpikat..nasi lemak lar.., bukan penjualnya.. 



Akhir kemerapuan aku mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan.. semoga kita sama2 mendapat keberkatan dari Allah SWT.. Amin..Salam ceria dari aku.., Athirah.. (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...