s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 30 July 2011

Senyum Itu Sedekah


Assalamualaikum wbt..

selamat hari Sabtu.. kepada yang melayari internet tue jangan lupa makan pulak.. lusa dah nak bermula berpuasa nanti menyesal tak makan tengahari..hehehe.. 


Oleh sebab Bulan Ramadhan dah nak sampai.. InsyaAllah hari Isnin niey semua umat Islam menyambut hari pertama puasa.. Dalam Bulan Ramadhan ini kita digalakkan bersedekah, mencari keredhaan, keberkatan dan bertaqwa kepada Allah serta istiqamah dalam beribadah.. jangan lah hanya semata2 bulan Ramadhan baru lah kita nak bersedekah, solat sunat, mengaji al-Quran.. bila Ramadhan dah habis, semua yang dilakukan pon habis jugak.. kalau boleh biarlah berterusan..



Berbalik pada tajuk utama iaitu senyum itu sedekah..(aku niey, macam kaunsellor plak, hehe) jadi nak mengingatkan lar sedekah yang paling mudah terutamanya di bulan Ramadhan adalah dengan senyum.. tapi korang kena ingat, bukan dalam bulan Ramadhan jer.., bulan2 lain pon senyum itu sedekah, tapi kalo excited sangat sampai dengan dinding pon senyum, tue aku tak dapat lar nak tolong.. faham2 jer lar kan.. hehe..


Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : 
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)  
http://www.ukhwah.com/



Jadi, tak susah pon nak bersedekah.. tak perlu nak keluarkan duit, keluarkan peluh ker, kena kerja berat2 ker.. Dalam Bulan Ramadhan niey lagi bagus dan ambil lah peluang yang sangat berharga niey.. bersedekah walau hanya dengan senyuman.. tak susah pon.., pastinya ramai yang mengunjungi bazar untuk beli juadah berbuka atau pon hanye jalan2 mencuci mata, atau pon survey2 baju raya, waktu bertanyakan harga atau membeli, senyum lar dengan pemilik kedai atau pembeli atau jiran kedai atau kawan lama.., tapi kalau senyum niat nak mengurat.., yang tue aku tak masuk campur.., kalau nak senyum tak perlu niat nak senyum dengan siapa, orang yang macamana (tua,muda,lelaki,perempuan,) sekilas senyuman yang ikhlas, pasti terpancar melalui air muka..



selain daripada tue, senyum boleh mengubat hati sendiri.. cuba kalau korang tengah marah dan tiba2 ada perkara yang membuatkan korang tersenyum, nescaya perasaan sedih/marah hilang sendiri..InsyaAllah.. sebagai manusia yang mempunyai hati dna perasaan, pasti saat2 sedih dan marah tue ada... lagi berharga senyuman kita bila kita dalam keadaan sedih atau marah, kekasih buat kita tersenyum dengan senda gurau yang diberikan.. dengan satu senyuman yang ikhlas, segalanya boleh berubah..,yer.., tak mustahil..


Lagi2 pada pasangan yang bercinta.., pernah tengok orang sedang berSMS tiba2 tersenyum dengan handphone..? ker korang sendiri yang mengalaminya..? hehehe.., aku pernah nampak dan aku juga pernah mengalaminya.., walaupon itu bukan dikira sedekah, tapi senyum baik untuk otot2 muka.. senyuman lebih 7 saat itu adalah senaman muka dan boleh menjadikan awet muda..jadi.., senyum2 lar selalu..












Salam dan jangan lupa untuk senyum.. (^_^)

Nikmat Allah S.W.T..

Subhanallah Walhamdulillah

Assalamualaikum wbt....

Bersyukur kpd Allah S.W.T.. kerana memanjangkan umur kita disaat ini.. dapat lagi menghirup udara yang free kurniaan-Nya.. entry aku awal2 pagi niey tentang kenduri kesyukuran yang telah dilaksanakan oleh keluarga aku pada 10 Julai 2011 pada jam 1430.. syukur alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

Dalam majlis itu, memang berunsurkan niat dan ia wajib dilaksanakan sekadar yang termampu.. bila dah niat, wajib ditunaikan kerana ia dituntut.. majlis dilaksanakan hari Ahad..,so hari Jumaat tue dah ready lar sikit2 dan buat apa yang patut.. maka dengan rasminya hari Sabtu dah bertambah aktiviti merewang.. aku pon tolong lar mana yang patut.., yang tak patotnya kalau aku mendiamkan diri dalam bilik (macam orang nak masuk meminang,hehehe)

Niat yang utamanya ialah kenduri cukur/potong jambul anak sedara baru yang selamat dilahirkan pada bulan April/Mei (maksu tak pasti lar,hehe) dan kebetulan nak menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarakh, kemudian bersyukur sebab tamat pengajian.. meriah jugak walaupon sedara mara ada yang tak datang..its okay..,yang penting keihklasan masa majlis dilaksanakan.. ramai pembantu dapur yang bertungkus lumus menyediakan juadah tetamu.. memang masa tue syurga makanan sebab memang banyak pilihan makanan.., bukan lar nak menunjuk, tapi disebabkan my mom orang berpesatuan yang aktif, maka dengan itu tetamu yang hadir juga ramai..lebih kurang 70 orang..

Yang penting dapat menjamu semua tetamu yang datang..nikmat Allah harus kita syukuri.. walaupon tak boleh nak buat grand2.. sebab semua itu tak perlu.., kenduri kesyukuran bukan untuk menunjuk2.., terpesong akidah kalo niat macamtue.. Na'uzubillah..

Muhammad Yusuf Qayyum




diantara juadah kuih muih
kemuncak majlis

sebahagian drpd tetamu


ini lah diantara kemeriahan semasa majlis kenduri dijalankan..sama2 meraikan benda yang baik..mudah-mudahan mendapat keberkatan dari-Nya,Amin..

salam sayang dan senyum selalu (^_^)

Memaafkan & Melupakan

from Google

Assalamualaikum w.b.t

forgive and forget..,memaafkan dan melupakan.. itu lah entry aku malam niey.. entah knape tiba2 aku nak update tentang title niey.. adakah ia mudah bagi seseorang itu nak melakukannya..? terpulang kepada diri masing2.. tepuk dada tanya jawapannya.. aku niey kalau tengah2 malam macamniey bukan apa, feeling lebih sikit tapi tak der lar sampai meleleh air mata..hehehe.. sebagai manusia memang tak lepas dari kesilapan sebab manusia itu bersifat baharu.. bila ada kesilapan, maka bertaubat dan memohon keampunan.. bukan sahaja manusia dengan manusia malah manusia dengan Allah S.W.T.. pun kena lakukan jugak.., Allah Maha Pengampun Dosa2.. InsyaAllah segala yang kita hajatkan dimakbulkan Allah..

Setiap yang kita lakukan pasti bersebab dan kalau boleh sebab itu bukan kita sendiri jer yang faham.. orang yang berada disekeliling kita pon faham.. memang betul, kesalahan kadang2 tak disengajakan dan ia dirahsiakan kerana bimbang menyakitkan hati orang lain.. tapi penjelasan dan kebenaran itu penting dalam hubungan manusia sesama manusia.. 

tak salah seseorang atau kita sendiri memaafkan dan lebih bagus bila kita meminta maaf dengan penuh keikhlasan dan lebih baik bila kita melupakan... sesekali harus menoleh ke belakang, tapi bukan untuk mengungkit tetapi untuk mengingatkan diri sendiri kesilapan yang sama jangan lah diulang lagi..

memaafkan orang adalah perkara yang yang diredhai Allah sebab kita menjauhi musuh dan perbalahan sesama manusia.. bagi orang Islam, boleh guna ayat bawah niey untuk memaafkan orang dengan seikhlas hati, InsyaAllah

"Ya Allah, saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala. Saya maafkan setiap apa yang dia telah lakukan kepada saya selama ini dengan seikhlas hati saya. Saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala (ulang tiga kali)." copyright from sukasukisya.blogspot.com

Melupakan pulak ada sesetengah orang tue sukar ade pulak yang mudah.. semuanya bergantung pada jenis kesalahan seseorang itu kepadanya.. lagi pun tak baik lar kan simpan lama2, boleh jadi hasat dengki dan dendam.. Na'uzubillah.. tak nak lar sampai jadi macam tue.. tengok sekarang banyak kes yang macam2 kat luar tue sebab ape..? sebab manusia hilang pertimbangan bila dendam merajai hati.. bile melupakan dengan ikhlas, pasti perkara takkan bangkit sebab bila isu membangkitkan hal yang menyakitkan hati, mula lar syaitan menghasut manusia.. 

tanya lah pada diri sendiri.., pernahkah kita disakiti.. kemudian memberi maaf dan melupakan kesalahan orang itu..? anda menilai lah hati anda sendiri.. aku pon tak terlepas dari semua itu.. sebab aku jugak manusia macam kamu semua.. keikhlasan dalam melupakan bukan perkara senang.., jangan ingat anda telah terlepas dari kisah silam yang telah dilupakan supaya menjadi motivasi dalam diri dan menghargai setiap orang dalam hidup kita..

"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
Salam sayang dari aku.., semoga ceria selalu.. (^_^)

Wednesday 27 July 2011

Anak & Ayah

kebahagiaan milik semua


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..

slalu kalo niat nak update blog mesti tergendala.., itu yang dinamakan manusia yang rancang, Allah yang tentukan.. anyway Alhamdulillah kerna kita masih bernafas dan menikmati keindahan ciptaan Allah SWT ini..,


Entry kali niey nak story tentang semalam yang tak sempat aku nak update semalam..huhuhu...citenye camniey..,lepas aku amik anak sedara aku balik dari sekolah..,tetiba abang long aku datang pastu bawak Icha (anak sedara) pergi hantarkan mak dia (kakak ipar) kat Air Hitam..,sebab kakak ipar aku tue ada kursus kat KL...

tiba2 my mom ajak pergi Batu Pahat..,tujuan : saje jalan2...so, aku pon apa lagi macam lipas kudung lar bersiapnya..hehehe..,destinasi ada 2 jer.., Carrefour  dan BP Mall..masa kat Carrefour tue jer mak aku beli kain ela untuk menambah koleksi baju kurung buatan sendiri..,aku pon follow jer lar.., sambil cuci mata tengok kain2 baru...lepas tue kami ke destinasi ke 2 pulak...

Sedang syok jalan2 sampai tingkat atas, nak cari port makan, tapi tak menyelerakan kami pon nak turun lar.., tiba2 nampak pulak Bowling Centre kat BP Mall tue.., my mom pulak yang excited ajak main boling.., aku tak kisah lar kan., tapi tak kan lar aku game sorang2.., last2 ayah jadi mangsa.., ayah pulak tak pernah2 main boling turutkan sahaja.., kesimpulannya aku dan ayah aku jer yang terlibat.. lagi pon hari biasa, tak ramai orang pon.. mula2 tue syok lar sebab aku leading..,markah pon tak jauh beza.., yang aku bengang balingan last skali ntah macamana tangan terpeleot sikit (alasan) bola pon tersasar sikit (pin tetap jatuh yerk..hehehe) so,dpt dua balingan jer lar yang last tue.., tetiba ayah aku yang mule2 tadi bolanya asyik jumpe longkang jer boleh strike.. mak aihh.. tue yang bengang tue..hahaha.., jadi keputusannya ayak aku menang.. menang tipis jer.., tue pon disebabkan 2 kali strike berturut2..hehehe.. tak per lar.., dah biasa menang, so bagi can lar kat ayah pulak..hehehe.., Astaghfirullah... bongkaknya aku..hihihi






aku (atas) & ayah (bawah)


End game lepas tue terasa perut bernyanyi lagu..,kami pon pergilah makan kat Chicken Rice Shop.., lepas makan tue niat nak balik lar sebab apa yang nak dibeli tak jumpa.., lagi pon niat tadi nak jalan2..hehe.., sekali jumpa pulak kedai kasut favourite aku iaitu Cartino Sonea.., memang wajib aku masuk dan melihat trend yang baru walaupon tak beli.. sekali bila dah usha2, terjatuh hati kat display shoe.., bila dah jatuh hati, dah puas mencuba dan membelek, buat keputusan untuk beli.. my mom pon beli sepasang sebab kasutnya berkualiti, tahan lasak, harga berpatutan dan paling penting selesa.. yang mane tak pernah cuba tue boleh lar try.., tak salah pon mencuba (maksud aku beli lar yer..,hehehe) kalo tak beli mane nak tahu suka ker tak (dah macam buat iklan pulak aku niey..,hehe)

kesimpulannya story aku niey tentang perlawanan tue aku tak kisah pon sapa yang menang.., yang penting kepuasan diri sendiri sebab semua orang pon belum tentu dapat puaskan hati kita.., memang enjoy sangat bila buat aktiviti dengan family.., tak kisah lar family kecil (bilangan sikit) atau family besar.., yang penting bersyukur dengan nikmat Allah.., wallahualam..salam ceria dari aku..,

TODAY IS MY DAY: Zaman Tadika

TODAY IS MY DAY: Zaman Tadika: "Assalamualaikum... Hye..,sebenarnya entry Zaman Tadika niey aku nak update pagi tadi..,tapi disebabkan ada perubahan rancangan yang mengej..."

Zaman Tadika

Assalamualaikum...

Hye..,sebenarnya entry Zaman Tadika niey aku nak update pagi tadi..,tapi disebabkan ada perubahan rancangan yang mengejut,maka dengan itu malam niey lar baru nak update..

Berbalik kepada topik yang aku nak share tadi..iaitu zaman tadika..masa aku amik anak sedare balik dari tadika tadi jam 12 tghari tadi..,teringat lar aku dengan zaman tadika aku..huhuhu...tapi masa aku sekolah tadika,umur aku 5 tahun sampai 6 tahun..,rumah dengan sekolah jauh jugak..,kat taman sebelah taman aku (kayanya aku ada taman sendiri..,hehehe) maksudnya jauh tak jauh lar sekolah aku tue..tapi kalau jalan kaki..,peluhnya tak terhurai baunya..,mak oiii..,busuknya lar...

aku pergi sekolah dengan menaiki van..,tiap2 bulan bayar lar kat pak cik tue..,masa tue ramai lar yang naik dengan dia sampai aku boleh dapat kawan...lelaki pulak tue..,kebetulan mak aku dengan mak kawan aku tue kenal sebab satu taman..,kira taman perumahan aku niey besar lar jugak..huhu..

So,nak dijadikan cerita..,pernah satu hari tue kitorang tunggu pak cik datang amik...waktu aku sekolah,tamat jam 11 pagi..,tunggu punya tunggu..,van tak muncul2..tunggu punya tunggu..,van tak datang2..,masa tue bebudak yang naik van sama2 dah balik..,sebab rumah diorang dekat..,paling jauh rumah aku..,sebab rumah kawan aku tue kira kat sempadan taman....,so..,sangat lar lama menunggu..,nasib baik cikgu belum balik lagi..

kitorang buat keputusan untuk balik jalan kaki..,apa nak jadi,jadi lar..,masa tue memang jiwa kental..,dalam takut2 tue kitorang ikut jalan besar, banyak lar kenderaan lalu lalang, jdi kurang lar penakutnya..bila dah sampai simpang rumah kawan aku, jadi aku pon terpaksa lar menggagahkan hati untuk jalan sampai rumah..,yelar, takkan lar nak suruh kawan aku teman, dia tue dah lar rendah sikit dari aku, kesian pulak nak buli dia masa tue (tapi sekarang dah besar lar kan..,hehe)

Kisah aku jalan kaki niey aku story sebab aku rasa aku nak story lar..hahaha...lepas jer kawan aku balik..so aku meneruskan perjalanan..tapi pandai tau jalan bertentangan dengan kenderaan..huhu.., (berlagak) dalam pertengahan jalan tue, aku nampak seorang lelaki muda berpakaian askar..,aku tak tahu lar apa dia buat dengan kereta dia..,mungkin nak ambil barang dalam tue..,atau pon baru nak start enjin..,so,dengan bijak (padahal takut) aku melintas.,dan jalan..agak2 lelaki muda tue dah jauh aku pon cepat2 melintas balik..hehehehe..,mahunye tak takot..,dah lar aku sorang2 dengan baju sekolah tadika..,bila dah sampai rumah,mak aku pon sangat lar terkejut sebab aku balik jalan kaki seorang diri...sampai sekarang mak aku kalau ingat,beliau kagum dengan keberanian kami..hehehe..,lepas kejadian tue terus jer tak nak naik lagi..,

Tue lar pengalaman zaman tadika aku..ada lagi story tentang waktu aku amik gambar pegang roll,konon2 dah tamat sekolah tadika dan aku digelakkan..memang aku tak kan lupa..so..nantikan...semoga ceria selalu..

Monday 25 July 2011

TODAY IS MY DAY: Ramadhan Semakin Hampir

TODAY IS MY DAY: Ramadhan Semakin Hampir: "Assalamualaikum kpd pembaca yang beragama Islam... Alhamdulillah kita dipanjangkan umur sehingga saat ini...diam tak diam Isnin minggu h..."

Ramadhan Semakin Hampir

Assalamualaikum kpd pembaca yang beragama Islam...



Alhamdulillah kita dipanjangkan umur sehingga saat ini...diam tak diam Isnin minggu hadapan InsyaAllah kita akan menyambut hari pertama berpuasa..sekejapnya masa berlalu..aku rasa macam baru sangat aku masuk belajar..,jumpe kawan2 baru..,pergi kelas sama2..,menempuh masa sebagai seorang pelajar IPT..sedar tak sedar 3 tahun telah berlalu.....mengimbau kenangan manis.,pahit..,susah..,senang..,terlalu banyak....

walaupon Ramadhan kali ini tidak bersama mereka lagi..,aku tetap ingat semua kenangan bersama antara kami...adakah aku telah bersedia menghadapi Ramadhan kali ini..? berstatus kan SN (staff nurse) tapi belum bekerja..hahaha..,menganggur lar maknenye...Ramadhan seawal bulan Ogos..,bulan Kemerdekaan..,tentunya lgi meriah kan...peluang yang ada niey janganlah di abaikan..,rebut lar peluang mencari dan mendapat keberkatan..peringantan untuk aku "duit cari..,berkat dari Allah pon kena cari"..

setiap orang mesti buat persediaan sebelum menyambut bulan puasa kan...contohnya puasa sunat Isnin & Khamis..atau pon kepada golongan wanita yang masih berhutamg...,waktu2 ini lah jadual penuh dengan melangsaikan hutang...aku pon tak terkecuali membayar hutang tapi Alhamdulillah dah dilangsaikan..



So..,yang lain2 persediaan korang macamana pulak..? paling penting matlamat Bulan Ramadhan kali niey..harap2 semua dapat mencapai matlamat masing2..semoga Ramadhan kali ini kita menjadi seorang yang  lebih baik dari sebelumnya..semoga ceria2 selalu..salam sayang dari madulebah.. (^_^)

window shopping

assalamualaikum..
hye semua..,entry kali niey aku nak story pasal window shopping kat Kluang Mall tempat tinggal aku.., sajer jer nak jadikan story untuk blog aku niey..hahaha...aku, my mom and dad masuk dalam pacific untuk survey water filter..,so tengok2 jugak lar harga barang yang nak di beli di kemudian hari (mana tau) lepas tue kat depan pintu besar pacific ada sale barangan branded seperti bag tangan,wallet,kasut untuk wanita..









semua gambar hiasan =')

macam2 jenis pattern yang menarik...maklumlah barang branded menggunakan material yang baik seperti leather..aku dengan my mom pun dah sah2 lar berminat nak tengok...memang ada plan nak beli..,tapi bukan hari ini (semalam) sebab tujuan kami untuk beli water filter..tiba2 tengok promoter tue bungkus barangan2 tersebut dan masukkan dalam kotak besar...eah2..,nak bawak pergi mana pulak tue..? rupanya sale tamat hari niey (semalam) hehehehe...muka tak ada lar kecewa sangat tapi hajat tak kesampaian...promoter tue cakap diorang  buat sale dah masuk 2minggu..,nampak sangat kami sekeluarga tak amik tau..hahaha...,masa tengok wayang baru2 niey, cerita WU XIA (cina kungfu and 18 above) kami tak lalu kat situ sebab my dad terus parking kat level atas..hahaha..kalau tak jalan2 macamana nak tahu ada sale ke tidak...tapi tak apa..,sebab puasa dah nak sampai,makin banyak sale akan datang..kot...hehehehe...ceria2 selalu...

kembali mengarang

assalamualaikum kepada pembaca blog saya...lama dah tak entry blog..,hampir sebulan...sejak saya tamat pengajian dan balik ke kampung halaman..,banyak juga program yg melibatkan saya dan keluarga..,contohnya trip ke Sabah (nanti saya story) sebab banyak sangat jalan cerita yang menarik masa tue..,so kena lar manage betul2 supaya menarik perhatian pembaca..,kan,kan...selain daripada itu my mom buat kenduri doa selamat seminggu lepas balik dri Sabah..so..,banyak lar masa yg diluangkan ntok kenduri tue..,

 

minggu depannya pulak my cousin yang sulung pulak tunang dengan orang Melaka..,majlis niey tinggal pergi jer sebab my cousin tue orang Seremban..,




hari Ahad pulak saya pergi tengok Transformers dengan family abang long...memang best lar cerita tue..,3D pulak tue..,lagi real...manakala hari2 biasa saya buat penulisan..,hahahah..,saja buat untuk tatapan sendiri..hehehe..,sampai sini jer dulu entry kali ini..semoga ceria selalu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...