s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 30 July 2011

Memaafkan & Melupakan

from Google

Assalamualaikum w.b.t

forgive and forget..,memaafkan dan melupakan.. itu lah entry aku malam niey.. entah knape tiba2 aku nak update tentang title niey.. adakah ia mudah bagi seseorang itu nak melakukannya..? terpulang kepada diri masing2.. tepuk dada tanya jawapannya.. aku niey kalau tengah2 malam macamniey bukan apa, feeling lebih sikit tapi tak der lar sampai meleleh air mata..hehehe.. sebagai manusia memang tak lepas dari kesilapan sebab manusia itu bersifat baharu.. bila ada kesilapan, maka bertaubat dan memohon keampunan.. bukan sahaja manusia dengan manusia malah manusia dengan Allah S.W.T.. pun kena lakukan jugak.., Allah Maha Pengampun Dosa2.. InsyaAllah segala yang kita hajatkan dimakbulkan Allah..

Setiap yang kita lakukan pasti bersebab dan kalau boleh sebab itu bukan kita sendiri jer yang faham.. orang yang berada disekeliling kita pon faham.. memang betul, kesalahan kadang2 tak disengajakan dan ia dirahsiakan kerana bimbang menyakitkan hati orang lain.. tapi penjelasan dan kebenaran itu penting dalam hubungan manusia sesama manusia.. 

tak salah seseorang atau kita sendiri memaafkan dan lebih bagus bila kita meminta maaf dengan penuh keikhlasan dan lebih baik bila kita melupakan... sesekali harus menoleh ke belakang, tapi bukan untuk mengungkit tetapi untuk mengingatkan diri sendiri kesilapan yang sama jangan lah diulang lagi..

memaafkan orang adalah perkara yang yang diredhai Allah sebab kita menjauhi musuh dan perbalahan sesama manusia.. bagi orang Islam, boleh guna ayat bawah niey untuk memaafkan orang dengan seikhlas hati, InsyaAllah

"Ya Allah, saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala. Saya maafkan setiap apa yang dia telah lakukan kepada saya selama ini dengan seikhlas hati saya. Saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala (ulang tiga kali)." copyright from sukasukisya.blogspot.com

Melupakan pulak ada sesetengah orang tue sukar ade pulak yang mudah.. semuanya bergantung pada jenis kesalahan seseorang itu kepadanya.. lagi pun tak baik lar kan simpan lama2, boleh jadi hasat dengki dan dendam.. Na'uzubillah.. tak nak lar sampai jadi macam tue.. tengok sekarang banyak kes yang macam2 kat luar tue sebab ape..? sebab manusia hilang pertimbangan bila dendam merajai hati.. bile melupakan dengan ikhlas, pasti perkara takkan bangkit sebab bila isu membangkitkan hal yang menyakitkan hati, mula lar syaitan menghasut manusia.. 

tanya lah pada diri sendiri.., pernahkah kita disakiti.. kemudian memberi maaf dan melupakan kesalahan orang itu..? anda menilai lah hati anda sendiri.. aku pon tak terlepas dari semua itu.. sebab aku jugak manusia macam kamu semua.. keikhlasan dalam melupakan bukan perkara senang.., jangan ingat anda telah terlepas dari kisah silam yang telah dilupakan supaya menjadi motivasi dalam diri dan menghargai setiap orang dalam hidup kita..

"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
Salam sayang dari aku.., semoga ceria selalu.. (^_^)

4 comments:

saya amat mengalu-alukan comment anda (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...