s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday 1 August 2011

Persiapan Ramadhan


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. dapat lagi peluang untuk aku update blog.. (^_^)
entry kali niey aku nak bagi lar sikit info yang aku dapat dari hasil tengok program tv baru2 niey.. progam setiap hari Jumaat.. tak nak lar mention nama program..malu..hehehe.. sebelum aku mulakan, aku nak mintak maaf lar banyak2 sebab  entry kali niey macam tazkirah Ramadahan pulak..hehehe..

Mungkin aku dapat hidayah dari Allah kot sebab tiba2 jer aku rasa nak catit sesuatu dari program tersebut dan boleh lar aku share dengan melalui blog.. bukan niat nak menunjuk yang aku niey bagus.., kadang2 idea datang tanpa diminta.., jadi aku rasa aku buat apa yang aku nak janji aku puas hati.. (^_^)

So antara persediaan Ramadhan adalah:
(1) baju raya..
mesti dah siapkan atau beli.. sebaba apa, sebab dalam masa 30 hari berpuasa boleh fokus dengan amal2 jariah.. niey tak memang jadi tabiat beli baju last minute.. haa time malam raya tue orang sibuk nak buat tarawikh mase tue jugak lar sibuk nak pergi bazar..hehehe..aku pon tak terlepas dari keadaan macam tue 2,3 tahun lepas..

(2) persiapan Ilmu ibadah :
faham kelebihan Ramadhan, macamana nak tambah markah dan apa yang membuatkan markah ditolak semasa dalam bulan berpuasa niey.. supaya ibadah yang dilakukan itu lebih bermakna.. orang selalu cakap semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelum2nya..betul tak..? jadi ambillah peluang hari ini untuk membuatkan Ramadhan aku dan kamu semua lebih bermakna..

Ramadhan ada 3 jenis :
i. puasa makan dan minum
ii. puasa makan, minum segala2nya
iii. puasa makan, minum, segala2nya & memahami ilmu Ramadhan

(3) persiapan jiwa
cuba korang fikirkan andai ini Ramadhan terakhir korang.. bukan aku mendoakan.. tapi aku ajak korang berfikir sejenak.. sebab aku pon takot mati.. tapi ingat.., mati itu wajib, hidup InsyaAllah.. (chewah..,dah macam penceramah bebas pulak.,hehehe) selain tue cuba lah motivate diri untuk bersungguh2 kali ini.. paling penting dan utama adalah niat iaitu kerana taat perintah Allah SWT.. letakkan target dalam diri untuk bertaqwa kepada Allah SWT..latih diri dengan berperingkat.. buat lar Ramadhan kali ini bersihkan jiwa, kehidupan, tingkah laku dan sebagainya supaya anda berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri..

soalan penonton : bagaimana kalau puasa tapi tak melakukan solat fardhu?
(serius niey bukan aku yang buat soalan yer.. tak nak korang salah faham pulak)
jawapan ustaz : itu adalah orang yang menyembah Ramadhan.. maksudnya kat sini bukan lar orang tue sujud macam sembah tokong dan sebagainya.., maksudnya orang itu hanya menurutkan waktu.. dia berpuasa disebabkan bulan puasa itu sendiri.. dan ustaz tidak menggalakkan orang memanggil bulan puasa kerana orang hanya berpuasa makan dan minum tapi idak melakukan ibadah.. orang yang begini apa yang dilakukan adalah mengaji al-Quran, bersedekah, solat sunat dan sebagainya hanya dibulan Ramadhan..berbuat baik semasa Ramadhan sahaja.. itu lah yang dinamakan menyembah Ramadhan.. dan jauhkanlah kita dari berkelakuan seperti itu..

"sesiapa yang sembah Ramadhan, Ramadhan akan berlalu.. sesiapa yang sembah Allah, Allah Maha Hidup"

"Orang yang solat semestinya puasa, Orang yang puasa tak semestinya solat"
hendaklah kita menghambakan diri kepada Allah SWT di mana sahaja kita berada..

Dalam program tue ustaz ada memberitahu doa yang mustajab ketika di bulan Ramadhan iaitu :
i. masa bersahur, digalakkan pula solat 2 rakaat sebelum bersahur..
ii. masa berbuka

berdoalah dalam keadaan yang tenang dan tenteram supaya doa kita jelas dan nyata (wah,aku tulis macam hukum tajwid plak) dan doa tue pulak biar lar kita faham..tak perlulah sampai nak menghafal bahasa arab tiba2 dah Imsak..hahaha.., baru tau.. jadi berdoa tue biarlah ayatnya mudah, kita sendiri pon boleh cipta doa sendiri.. Allah Maha Mendengar..

Sebelum aku terlupa, dalam program itu ada jugak diberitahu Kehebatan Ramadhan.. antaranya ialah :

i. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan pada malam Lailatul Qadar..
ii. pada 17 Ramadhan adalah hari Nuzul Quran dan Peperangan Badar.. dan berpuasa diwajibkan kepada umat Islam pada tahun ke 2 Hijrah iaitu selepas berlakunya Peperangan Badar..

RasulAllah s.a.w berpesan :
"Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi"

korang pun tahu kan makruh kita menggosok gigi lepas Zuhur kerana ia akan menghilangkan bau mulut ketika berpuasa..tapi kawan2 janganlah korang pergi kat kawan dan hembuskan bau mulut pulak yer..hehehe

Dan yang terakhir info yang aku dapat adalah apabila bersedekah di bulan Ramadhan, Allah menilai pahala semasa kita memberi (menghulurkan) kerana masa itu keikhlasan bersedekah lebih bermakna dan bernilai..



Itu lah sahaja info2 yang aku dapat tangkap mase program bersiaran secara langsung tue.. nama ustaz tue aku tak ingat lar sebab nama beliau panjang sangat.. tapi sapa2 yang tengok masa tue pon bagos lah, dah tahu apa dia persiapan Ramadahan iaitu topik yang dibincangkan..sebelum aku menghabiskan typing aku nak ucap terima kasih sebab sudi membaca entry kali ini..Salam ceria selalu.. (^_^)

No comments:

Post a Comment

saya amat mengalu-alukan comment anda (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...