s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday 6 August 2011

Kenangan Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Waktu petang begini aku teringatkan suatu kenangan antara aku dan kawan seperjuangan yang sangat aku sayangi..
sayangkah mereka padaku..?
atau masih ingatkah mereka tentang diriku..? 
Terlalu cepat masa berlalu hingga aku tersedar akan kenangan bersama melalui detik indah tatkala melangkah alam dewasa...
Perjalanan masa selama 3 tahun yang berlalu begitu pantas tanpa disedari..
Hampir mengalirkan setitis airmata kerana berharganya sahabat yang sanggup melalui susah senang bersama aku..
Ramadhan yang berlalu tahun lepas (2010) memberi 1001 kenangan manis buat aku...
Berbuka puasa bersama rakan serumah..rakan sekelas..
bermacam2 kerenah yang dapat disaksikan..
Berlatar belakangkan Masjid yang tersergam indah menjadikan wajah dalam setiap gambar walaupon aku sering menganggap Masjid itu hanyalah bangunan..tetapi..,
Masjid itu lah menjadi saksi setiap kali aku berada di padang itu..
Ramai orang berpusu2 untuk membeli juadah berbuka puasa bersama..
Sesaknya Bazar dirasakan bagai berada di dalam limpahan manusia yang sedang menunaikan Ibadah Haji di Makkah...
Beraneka makanan dan juadah yang dijual sebagai santapan berbuka..
Bermacam2 ragam pembeli dan penjual yang dapat disaksikan..
Bergelak ketawa bersama mereka adalah saat yang paling manis..
Berkumpul dan membina satu bulatan dan kumpulan bagi sama2 menantikan saat2 berbuka puasa bersama2...
Tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan menceriakan suasana...
Alangkah indah menjadi seorang sahabat yang baik dan sentiasa menyokong sahabatnya membuat segala keputusan..
Berada di dalam KFC secepat mungkin adalah yang wajib bagi aku dam mereka,
bimbang tiada tempat duduk..
Mengambil sos dengan sengaja,hehe.. (kawan aku)
Membeli perfumes sama brand, bau dan jenis..
Pakai bersama2... Baunya semerbak satu rumah..hehe
Bersahurkan biskut kering celup air milo..nyum2..
Aku rasakan pada mase tue terlalu nikmat..
Kerana ia bersama sahabat2ku..
Kini..,kenangan hanya tinggal kenangan...
Hidup perlu diteruskan tetapi bukanlah hidup dalam angan2...
Sesekali harus mengimbau kenangan supaya sentiasa mengingatkan diri aku sendiri bahawa rakan2 lah yang banyak membantu..,dikala membuat assignment, dikala nak menjalani exam serta study group bersama2..
Tiada mereka yang pernah melalui susah senang bersama aku,
tiada lah aku dalam kenangan mereka..
Saat manis bersamamu sahabat akan aku kenang sehingga ke akhirnya..
Sentiasalah menjadi sahabat yang baik walau dengan siapa pun kita bersahabat..
Aku sayang kamu wahai sahabatku..
Wallahualam..

2 comments:

  1. hahahha...... ramadan ni bakal berubah 100% tanma kau wei... hahahah selamt berpuasa yer... Y-,-Y doa aku mengiringi setiap lagkah2 sahabat2 aku...

    ReplyDelete
  2. aku pon takkan melupakan segala kenangan kita sepanjang perkenalan kita...jangan lupa tau buka dgn lauk feveret aku..sup telur..hehehe

    ReplyDelete

saya amat mengalu-alukan comment anda (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...