s.a.y.a.s.i.m.p.l.e

s.a.y.a.s.i.m.p.l.e
War Memorial Kundasang

Followers

Menanti Tarikh Itu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 10 August 2011

Aku Sayang Kamu



Kamu...

Kamu selalu berada dalam fikiranku , dalam hatiku , dalam jiwaku 

Selalu aku memikirkan bagaimana keadaanmu di sana , makan apa , sihat ke tidak , bagaimana dengan 
 pekerjaan , adakah semua di bawah kawalan..?

Walau pun aku tahu setiap jawapanmu melalui sistem pesanan ringkas , kadangkala 3G , buat panggilan..

Dan aku tahu soalan itu sering ku ajukan setiap hari..

Setiap kali aku mendengar suaramu setiap kali itu lah hati aku tenang , mendamaikan jiwa , hilang segala bebanan yang aku fikirkan..

Aku juga berharap kamu merasai apa yang aku rasa tiap kali kamu mendengar suaraku yang dahulu kamu kata kasar dan garang..

Namun , aku menjadi seorang yang paling lemah lembut disebabkan kamu , sayang..

Aku mencontohi kamu setiap kali aku berinteraksi dengan kamu walau pun aku tahu jarak jauh yang memisahkan kita..

Tetapi sayang , aku sentiasa mendekatkan diri dengan kamu , agar kamu rasa bahawa seolah-olah aku berada di hadapan , belakang , dan tepi kamu..



Kamu....

Tahukah kamu bahawa kamu sentiasa dalam hatiku..?

Tahukah aku teringin membina mahligai bersama kamu..?

Tahukah kamu andai kamu tiada , maka seluruh hidupku akan malap , gelap gelita..?

Tahukah kamu aku ingin menceriakan kamu disaat kamu sedih , memberikan senyuman disaat kamu pilu , memberikan kamu gelak tawa disaat kamu sepi , memberikan pelukan disaat kamu resah gelisah , memberikan kamu kedamaian disaat kamu kusut , merawat kamu disaat kamu sakit...?

Tahukah kamu bahawa aku mencintaimu sepenuh jiwa aku..?

Tahukah kamu adalah seluruh hidupku..?

Tahukah kamu disaat aku berbuat salah padamu aku terasa diriku paling kejam untukmu..?

Tahukah kamu bahawa kamu adalah yang paling indah dalam hidupku..?



Kamu...

Aku tahu aku tak mampu menjadi yang terbaik untukmu..

Aku tahu kamu aku tak mampu membahagiakan hari-harimu..

Aku tak mampu memberi kamu harapan di masa hadapanmu..

Aku tahu kamu tidak meletak harapan padaku..

Aku tahu kamu selalu menyimpan perasaan pada aku..

Aku tahu kamu tidak pernah meluahkan perasaan kecewamu pada aku..

Aku tahu kamu tidak pernah sekali meluahkan kesusahan padaku..

Aku tahu aku selalu menyusahkan kamu....... 

Aku tahu terkadang aku tidak mengambil berat terhadapmu..

Aku sangat terkilan..

Kerana aku tidak mampu menjadi yang paling sempurna untukmu..

Sebab itulah ia berlaku..

Maafkan aku..

Dan.....
Aku Sayang Kamu

Dedikasi ditujukan kpd : Mr P..P..

No comments:

Post a Comment

saya amat mengalu-alukan comment anda (*_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...